ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Iboi selepas berlaku banjir kilat malam ini. FOTO Ihsan APM.
ANGGOTA APM membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Iboi selepas berlaku banjir kilat malam ini. FOTO Ihsan APM.
Safuri Kamarudin


Baling: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan Sungai Kupang di Kampung Iboi dinaiki air sehingga Jambatan Bailey dilimpahi air paras lantai.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata pihaknya menerima panggilan jam 6 petang berlaku bencana banjir di kampung itu.

Menurutnya, satu Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka dan jumlah mangsa masih dalam bancian.

"Hujan lebat di sekitar Daerah Baling menyebabkan air sungai melimpah ke tebing di kampung Iboi dan Padang Empang.

"Hasil pemantauan APM di kampung itu mendapati air semakin naik dan mengarahkan penduduk berpindah," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Penghulu Mukim Kupang Badrul Hisham Che Li, berkata penduduk akan dipindahkan PPS Surau Ittifaqiah Kampung Iboi malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 November 2022 @ 9:21 PM