SHAHADAN Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Tun Abdul Abdul Razak jam 8 pagi. FOTO Safuri Kamarudin
SHAHADAN Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Tun Abdul Abdul Razak jam 8 pagi. FOTO Safuri Kamarudin
Safuri Kamarudin


Baling: Seramai 46 mangsa daripada 16 keluarga dari dua kampung dalam Mukim Kupang yang berada ke pusat pemindahan sementara (PPS) Surau Ittafaqiah, Kampung Iboi, di sini, sudah pulang ke rumah masing-masing, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Daerah Baling, Mohd Shahadan Abdullah berkata, mangsa dari Kampung Iboi dan Padang Empang dibenarkan pulang pada 12 tengah hari selepas cuaca semakin baik dan air Sungai Kupang kembali surut.

"Semua mangsa dibenarkan pulang (12) tengah hari ini apabila air telah surut dan cuaca kembali cerah," katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, hujan lebat sejak 2 petang semalam menyebabkan semua mangsa terpaksa dipindahkan apabila air Sungai Kupang melimpah dengan cepat.

"Kami menerima panggilan pada 6 petang semalam memaklumkan berlaku bencana banjir di dua kampung itu. Jambatan Bailey turut dinaiki air pada paras lantai dan penduduk terpaksa menggunakan jalan alternatif untuk ke Kampung Bukit Iboi," katanya.

Katanya, hasil pemantauan APM di kampung itu mendapati paras air Sungai Kupang semakin surut, bagaimanapun cuaca masih mendung.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 1:05 PM