Lelaki berusia 39 tahun (baju hitam) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol anak tiri di Yan. FOTO Izad Thaqif Hassan.
Lelaki berusia 39 tahun (baju hitam) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas tuduhan merogol anak tiri di Yan. FOTO Izad Thaqif Hassan.
Izad Thaqif Hassan


Sungai Petani: Deejay kenduri kahwin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan merogol anak tiri berusia 13 tahun, dua minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 39 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol mangsa dalam bilik di rumah mereka di Yan pada 11 malam, 14 September 2022 dan kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, tertuduh yang mempunyai dua isteri boleh dihukum penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan boleh disebat tidak kurang 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Zulfadly Hassan, manakala tertuduh diwakili peguam Peguam Nur Izzatul Amirah Zawawi.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tidak mendekati atau mengganggu mangsa.

Sebutan semula kes ditetapkan 15 November depan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 September 2022 @ 2:07 PM