RUMAH penduduk di Kampung Batu Tujuh Baling dinaiki air. FOTO Ihsan Pembaca
RUMAH penduduk di Kampung Batu Tujuh Baling dinaiki air. FOTO Ihsan Pembaca
Safuri Kamarudin.


Baling: Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di buka di Sekolah Kebangsaan Tunku Puan Habsah di sini berikutan Kampung Batu Tujuh Rambong, Charok Juan dan Telok Sanau dilanda banjir kilat selepas hujan lebat selama dua jam sejak 5 petang tadi.

Penduduk Fozi Hussain, 58, berkata, hujan lebat selama dua jam tanpa henti menyebabkan air Sungai Charok Juan mengalir deras dan melimpah ke penempatan penduduk yang tinggal di pinggir sungai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Baling Superintendan Shamsudin Mamat menasihatkan penduduk berjaga-jaga dan berpindah ke tempat selamat sekiranya kemungkinan air naik mendadak.

"Sekarang taburan hujan tidak boleh dijangka dan bimbang penduduk terperangkap pada waktu malam

"Penduduk diingatkan jangan tunggu sekiranya keadaan membahayakan dan berpindah segera menyelamatkan diri," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Ogos 2022 @ 9:40 PM