Baharom Bakar


Setiu: Hanya 18,471 atau 10.3 peratus kanak-kanak di Terengganu lengkap vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) yang berakhir, semalam.

Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Kasemani Embong berkata, sejumlah 36,079 atau 20.2 peratus kanak-kanak pula menerima satu dos vaksin, manakala 125,090 kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun disasar menerima vaksin selepas 31 Mei.

"Secara keseluruhan kadar pencapaian program PICKids di negeri ini agak terkebelakang jika dibandingkan negeri lain.

"Selepas ini, ibu bapa yang bercadang memberi vaksin kepada anak mereka boleh mendapatkan kemudahan itu di klinik swasta dan klinik kesihatan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Kebersihan Tangan Peringkat Negeri di Hospital Setiu, hari ini.

Dr Kasemani berkata, kanak-kanak yang membatalkan janji temu vaksin disebabkan tidak sihat dan dijangkiti Covid-19 masih boleh mendapatkan kemudahan itu secara percuma di klinik kerajaan.

Katanya, pemberian vaksin percuma kepada kanak-kanak yang baru mencapai usia lima tahun pula diteruskan sehingga Januari 2023.

Kasemani (kiri) ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan Seminar Hand Hygiene peringkat negeri di Hospital Setiu (HS) hari ini. Foto BAHAROM BAKAR
Kasemani (kiri) ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan Seminar Hand Hygiene peringkat negeri di Hospital Setiu (HS) hari ini. Foto BAHAROM BAKAR

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Jun 2022 @ 1:10 PM