Raja Perlis berkenan mengurniakan DPMP yang membawa gelaran Datuk kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 Raja Perlis di Istana Arau, Arau. FOTO  Aizat Sharif
Raja Perlis berkenan mengurniakan DPMP yang membawa gelaran Datuk kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Azman Mohd Yusof sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-79 Raja Perlis di Istana Arau, Arau. FOTO Aizat Sharif
BERNAMA

Arau: Pengerusi Lembaga Gabenor Universiti Sains Malaysia (USM) Datuk Dr Awang Adek Hussin mengetuai senarai 325 penerima anugerah darjah kebesaran negeri Perlis sempena ulang tahun keputeraan ke-79 Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau di sini, hari ini.

Awang dianugerahi 'Darjah Seri Paduka Mahkota Perlis' (SPMP) yang membawa gelaran 'Datuk Seri'.

Seorang lagi penerima SPMP ialah Pengarah Prima Group Sdn Bhd, Tan Sri Mohd Ariffin Mohd Yusuf.

Tiga orang menerima anugerah 'Datuk Paduka Mahkota Perlis' (DPMP) iaitu Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Suriani Datuk Ahmad dan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Azman Mohd Yusof.

Bagi darjah 'Datuk Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail' (DSPJ) pula penerimanya ialah Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam Deputi Komisioner Muhammad Abdul Halim, Duta Besar Malaysia ke Sepanyol Akmal Che Mustafa, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM Prof Dr Aldrin Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia Wan Jeffry Kassim.

Selain itu, dua individu menerima 'Datuk Panglima Sirajuddin Jamalullail' (DPSJ) iaitu Pendaftar USM Dr Musa Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) Md Silmi Abd Rahman.

Darjah DPMP, DSPJ dan DPSJ membawa gelaran 'Datuk'.

Tuanku Syed Sirajuddin berkenan menganugerahkan darjah kebesaran itu kepada 22 penerima hari ini, manakala 303 orang lagi akan menerima anugerah mereka dalam majlis pada hari lain.

Darjah-darjah kebesaran yang tidak membawa gelaran pula ialah Setia Mahkota Perlis (SMP) dianugerah kepada empat penerima; Seri Sirajuddin Perlis (SSP) (empat penerima); Ahli Mahkota Perlis (AMP) (32 penerima).

Pingat Mahkota Perlis (PMP) (36 penerima); Pingat Pekerti Terpilih (PPT) (tiga penerima), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) (61 penerima); Pingat Jasa Baik (PJB)(153 penerima) dan Pingat Perkhidmatan Lama (PPL) (20 penerima).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mei 2022 @ 1:10 PM