GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 831,523 atau 23.4 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,528,733 atau 43 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,893,112 atau 93 peratus lengkap vaksinasi manakala 2,991,223 atau 96.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,032,860 individu dewasa atau 68.1 peratus menerima dos penggalak, manakala 22,966,843 atau 97.6 peratus melengkapkan dua dos vaksin dan 23,243,191 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,581 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 10,692 dos pertama, 24,862 dos kedua dan 3,027 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,274,130.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan tiga kes di Selangor, manakala masing-masing satu kes di Perak, Sabah dan Terengganu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 April 2022 @ 11:21 AM