GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 868,859 atau 24.5 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, 1,536,766 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,894,533 atau 93 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,992,178 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,035,520 atau 68.2 peratus sudah menerima dos penggalak, manakala 22,967,185 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,243,448 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 12,380 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 1,847 dos pertama, 10,015 dos kedua dan 518 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,325, 128.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya tiga kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu dua kes dan Perak satu kes.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mei 2022 @ 9:54 AM