GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Seramai 945,787 atau 26.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,560,474 atau 43.9 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2 peratus sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,996,030 atau 96.3 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2 sudah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6 peratus sudah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di Kedah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mei 2022 @ 9:31 AM