GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Kuala Lumpur: Sebanyak 785,432 atau 22.1 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sudah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, sebanyak 1,511,678 atau 42.6 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,890,870 atau 92.9 sudah lengkap vaksinasi, manakala 2,989,453 dan 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,024,957 individu dewasa atau 68.1 peratus sudah menerima dos penggalak, manakala 22,965,989 atau 97.6 peratus melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,458 (98.8 peratus) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,833 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam membabitkan 7,805 dos pertama, 22,822 dos kedua dan 4,206 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,197,502.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan hanya enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 April 2022 @ 9:59 AM