ANTARA pengunjung yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, tengah malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
ANTARA pengunjung yang diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur, tengah malam tadi. FOTO Ihsan PDRM
Nurul Hidayah Bahaudin

Kuala Lumpur: Keseronokan 94 pengunjung berhibur di sebuah pusat hiburan di ibu kota ini, terbantut, apabila mereka dikenakan kompaun berjumlah RM94,000 selepas premis itu diserbu polis, tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata, hasil risikan mendapati pusat hiburan itu beroperasi dengan melanggar Peraturan 17 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit Pelan Pemulihan Negara (PPN) 4 2021.

"Sebanyak 94 kompaun berjumlah RM1,000 setiap satu dikenakan terhadap 94 pengunjung di premis terbabit.

"Selain itu, kami turut mengeluarkan kompaun RM1,000 ke atas pemilik pusat hiburan berkenaan.

"Ia menjadikan jumlah keseluruhan kompaun yang dikeluarkan dalam serbuan berkenaan berjumlah RM95,000," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 April 2022 @ 10:44 AM