MDA membatalkan kelulusan bersyarat kit ujian kendiri Covid-19 bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad. FOTO Facebook MDA
MDA membatalkan kelulusan bersyarat kit ujian kendiri Covid-19 bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad. FOTO Facebook MDA
Noor Atiqah Sulaiman


Putrajaya: Dua jenama kit ujian kendiri Covid-19 dibatalkan kelulusan bersyaratnya kerana gagal mematuhi syarat diberikan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

MDA memaklumkan pembatalan berkenaan berkuat kuasa serta-merta dan menasihatkan pengguna untuk tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 berkenaan.

"MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.

"Pembatalan ini dibuat kerana establishment berkenaan gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA.

"Berikutan itu MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri Covid-19 yang tidak mematuhi keperluan MDA kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan," katanya dalam Facebook rasminya, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 10:42 PM