ROSOL ketika sidang media. FOTO Ghazali Kori
ROSOL ketika sidang media. FOTO Ghazali Kori
Zatul Iffah Zolkiply


Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) tidak menerima aduan rasmi berhubung kit ujian kendiri Covid-19 yang menunjukkan keputusan positif hanya dengan menggunakan air paip.

Timbalannya, Datuk Rosol Wahid berkata, siasatan terperinci sedang dijalankan berkaitan video yang tular itu.

"Kita sedang siasat sama ada kit ujian itu dibeli di premis atau secara dalam talian tetapi ambil masa kerana kita tidak tahu di mana kejadian itu berlaku," katanya.

Beliau berkata, pengguna terutama mereka yang melakukan pembelian secara dalam talian perlu memastikan peralatan kesihatan atau perubatan yang dibeli mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA).

"Ini yang kita bimbang terutama kalau pembelian secara dalam talian yang dijual dengan harga murah dan tiada kelulusan MDA, jadi kita nasihatkan kepada pengguna sebelum beli barang-barang kesihatanpastikan ada cop MDA," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Kampung Batu Hampar, Manir di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Februari 2022 @ 10:44 AM