GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Polis mengesahkan kematian seorang tahanan di Lokap Berpusat Indera Mahkota di Kuantan, Pahang, hari ini.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, tahanan itu sebelum ini dimasukkan ke lokap berkenaan pada Sabtu lalu.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kecederaan dialami tahanan itu.

"Kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut selepas doktor mengesahkan tahanan itu mengalami jangkitan paru-paru selain positif Covid-19.

"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, keputusan siasatan yang diperoleh kelak akan diserahkan kepada Koroner untuk keputusan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 April 2022 @ 10:03 PM