FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Polis menahan dua orang kena tuduh (OKT) dan dua anggota polis bagi membantu siasatan kes kematian seorang OKT di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping, semalam.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menjalankan siasatan lanjut.

Menurutnya, polis sudah mendapatkan perintah reman terhadap semua suspek selama tujuh hari bermula hari ini.

"Mereka direman untuk membolehkan siasatan lanjut dijalankan polis," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Semalam, polis mengesahkan kematian seorang OKT lelaki berusia 63 tahun di lokap IPD Taiping pada 11 pagi.

OKT itu adalah tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang dituduh pada 18 April tahun lalu.

Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) kini sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 7:59 PM