Bukit Aman.
Bukit Aman.
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) disahkan meninggal dunia akibat Covid-19 itu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata, lelaki itu meninggal dunia dalam tahanan di Kota Tinggi, Johor, semalam.

"Hasil siasatan, punca kematiannya adalah disebabkan jangkitan Covid-19 yang mengakibatkan penurunan fungsi organ buah pinggang dan paru-paru.

"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil siasatan berkenaan kemudian akan diserahkan kepada koroner untuk tindakan lanjut.

Harian Metro hari ini melaporkan OKT terbabit menerima rawatan di hospital kerana positif Covid-19 sebelum disahkan meninggal dunia.

Azri dilaporkan berkata, siasatan mendapati OKT itu dihantar ke Hospital Kota Tinggi, pada Rabu lalu, bagi menerima rawatan kerana demam dan muntah.

Katanya, hasil ujian saringan dilakukan mengesahkan OKT berusia 43 tahun itu positif wabak itu sebelum ditahan di wad Covid-19 untuk rawatan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 Februari 2022 @ 9:54 PM