LAPORAN terdahulu Harian Metro
LAPORAN terdahulu Harian Metro
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Tahanan lokap Balai Polis Pusat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Sarawak yang meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital selepas mengadu sesak nafas pada Sabtu lalu, diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Azri Ahmad berkata, proses bedah siasat terhadap mayat mangsa dilakukan di Hospital Umum Sarawak, Kuching, hari ini.

"Hasil bedah siasat dilakukan mendapati tiada sebarang kecederaan atau elemen jenayah, sebaliknya kematian akibat penyakit arteri koronari.

"Bagaimanapun, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sabtu lalu, JIPS Bukit Aman dilaporkan menerima maklumat kematian lelaki warga Indonesia berusia 48 tahun itu pada 11.15 pagi.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan dituduh di mahkamah pada 1 Mac lalu.

Tahanan ditempatkan sementara di lokap Balai Polis Pusat, IPD Bintulu sebelum mengadu sesak nafas dan dihantar ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Berita berkaitan

JIPS siasat kematian OKT di Bintulu

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Mac 2022 @ 8:34 PM