GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Hanya dua negeri saja yang merekodkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19 melebihi 50 peratus setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia membabitkan Kuala Lumpur dengan 63 peratus dan Selangor (52 peratus).

Bagi katil bukan ICU, katanya, terdapat lima negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus.

"Negeri berkenaan adalah Putrajaya sebanyak 87 peratus, Selangor (73 peratus), Kuala Lumpur (56 peratus), Terengganu (53 peratus) dan Melaka (51 peratus).

"Tiadanegeri merekodkan peratusan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Menurutnya, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula meningkat kepada 187 pesakit dan peratusan penggunaan bantuan itu adalah 21 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 Mac 2022 @ 11:23 AM