Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Selangor dan Johor merekodkan penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU) bagi merawat pesakit Covid-19 melebihi 50 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan penggunaan katil ICU sebanyak 55 peratus manakala Johor sebanyak 52 peratus.

"Bagi katil bukan ICU, terdapat empat negeri merekodkan penggunaan katil melebihi 50 peratus iaitu Putrajaya sebanyak 87 peratus, Selangor (68 peratus), Kuala Lumpur (53 peratus) dan Melaka (51 peratus).

"Manakala tiada negeri menunjukkan peratusan pengisian lebih 50 peratus bagi katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan (ventilator) pula menurun kepada 185 pesakit dengan peratusan penggunaan bantuan itu adalah 21 peratus daripada keseluruhan ventilator untuk pesakit Covid-19 dan bukan Covid-19.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 Mac 2022 @ 12:17 PM