ONN Hafiz ketika keluar selepas melawat makam moyang dan buyut beliau di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
ONN Hafiz ketika keluar selepas melawat makam moyang dan buyut beliau di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru.
BERNAMA

Johor Bahru: Sebaik selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor yang baharu hari ini, Datuk Onn Hafiz Ghazi menziarahi kubur Menteri Besar Johor yang pertama Datuk Jaafar Muhammad dan Menteri Besar ketujuh Datuk Onn Jaafar di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini.

Onn, yang juga pengasas dan Presiden Umno yang pertama, adalah moyang Onn Hafiz manakala Jaafar adalah buyut (ayah kepada moyang) beliau.

Ketiak ziarah itu, Onn Hafiz yang lengkap berbaju Melayu berwarna hitam bersama samping songket tenunan emas itu, berdoa di kedua-dua kubur pemimpin ulung itu.

Sebelum itu, Onn Hafiz yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Machap pada Pilihan Raya Negeri Johor Sabtu lepas, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 menggantikan Datuk Hasni Muhammad di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene di sini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 Mac 2022 @ 9:15 PM