SULTAN Ibrahim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Khairy (dua dari kanan) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. FOTO ihsan FB SULTAN IBRAHIM ISKANDAR
SULTAN Ibrahim (dua dari kiri) menyerahkan sumbangan kepada Khairy (dua dari kanan) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru. FOTO ihsan FB SULTAN IBRAHIM ISKANDAR
Omar Ahmad


Johor Bahru: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menerima sumbangan peralatan perubatan bernilai lebih RM28 juta dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

Sumbangan daripada Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dengan kerjasama Yayasan Temasek dari Singapura itu membabitkan pelbagai peralatan perubatan untuk kegunaan di hospital kerajaan dalam merawat pesakit.

Dalam hantaran terbaru di Facebook, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan menyampaikan sumbangan itu kepada Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin di Istana Pasir Pelangi, di sini, hari ini.

Berangkat sama, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Hadir sama, Pengarah JKNJ, Datuk Dr Aman Rabu dan Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh.

KKM menerima sumbangan 400 unit ventilator Non Invasive (BIPAP) bernilai lebih RM8 juta, manakala JKNJ menerima pelbagai peralatan perubatan bernilai lebih RM10 juta.

Peralatan perubatan diterima JKNJ adalah pelindung muka, pelitup muka KN95, ventilator, mesin dialisis, swabbing mobile dan BIPAP.

Beberapa peralatan perubatan lain disampaikan kepada JKNJ sebelum ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Mac 2022 @ 6:45 PM