SUSPEK kes bunuh suami dibawa ke Mahkamah Khas Reman Seremban. FOTO Ahmad Hasbi
SUSPEK kes bunuh suami dibawa ke Mahkamah Khas Reman Seremban. FOTO Ahmad Hasbi
Ahmad Hasbi


Seremban: Isteri yang disyaki membunuh suaminya di rumah di Jalan RK 6/2, Rasah Kemayan, Seremban 2, di sini, semalam, direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, suspek direman bermula hari ini sehingga 30 Januari depan selepas permohonan reman dilakukan di Mahkamah Khas Reman, di sini, hari ini.

Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Seremban dengan menaiki van pada 10.15 pagi sebelum diiringi anggota polis masuk ke mahkamah.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Majistret Seremban, Emysuriana Muhammad Subry.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk dibedah siasat hari ini.

"Berdasarkan siasatan awal, masalah kewangan dipercayai menjadi punca kejadian berkenaan," katanya.

Berita berkaitan:

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 24 January 2022 @ 3:10 PM