PASTIKAN anda membeli denim ikut bentuk badan.
PASTIKAN anda membeli denim ikut bentuk badan.

Koleksi denim yang menjadi pilihan gaya masyarakat di seluruh dunia suatu masa dahulu, kini menjadi 'trending' semula.

Berbanding material lain, denim dikatakan sentiasa malar segar kerana ia mudah dipadankan dengan apa sahaja rekaan.

Selain itu, ia juga membuatkan si pemakai kelihatan tampak lebih muda dan santai.

Jika anda golongan yang aktif pastinya inginkan pakaian yang mudah digayakan pada bila-bila masa.

Justeru, denim adalah pilihan terbaik sama ada untuk skirt atau seluar.

Sementara itu, pastikan anda membeli denim mengikut bentuk badan.

Jika berbadan besar atau sado, potongan 'straight' dan 'regular straight' adalah paling sesuai untuk dijadikan pilihan.

Selain itu, ketinggian juga memainkan peranan kerana jika anda rendah, rekaan seluar denim potongan 'loose fit' kurang sesuai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 April 2024 @ 6:30 AM