(dua kiri) DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat lawatan kerja dan dan menyerahkan Projek Wakaf Air kepada penduduk Felda Sungai Retang hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
(dua kiri) DATUK Seri Tuan Ibrahim Tuan Man membuat lawatan kerja dan dan menyerahkan Projek Wakaf Air kepada penduduk Felda Sungai Retang hari ini. FOTO ROSELAN AB MALEK
RoselanAb Malek


Jerantut : Sebanyak RM2 juta diperuntukkan dari dana Tabung Wakaf Air bagi menyelesaikan masalah sumber bekalan air seluruh negara, terutamanya di kawasan pedalaman pada tahun ini.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, setakat ini RM1 juta dibelanjakan bagi menyediakan 32 wakaf air seluruh negara.

Menurutnya, Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) membelanjakan kira-kira RM2 juta daripada dana terkumpul iaitu RM3 juta hasil sumbangan orang ramai.

"Sebanyak 20 telaga tiub mula beroperasi.

"Manakala 12 lagi sudah diserahkan kepada jawatankuasa dan wakil penduduk, " katanya dalam satu lawatan tapak projek Wakaf Air di Felda Sungai Retang, di sini, hari ini.

Tambahnya, inisiatif Tabung Wakaf Air akan terus memberi manfaat kepada ramai penerima di mana di Jerantut sahaja, sebanyak lima projek Wakaf Air sudah disiapkan iaitu di Kampung Batu Balak, Kampung Tanah Pindah, Kampung Belukar dan di Jalan Tamalian dan Jalan Jengkuar, Felda Sungai Retang.

"Projek yang menelan kos RM248,175 itu akan memberikan manfaat kepada 139 keluarga dari kawasan terbabit membabitkan 615 penduduk.

"Melalui usaha ini, kawasan pedalaman yang di luar capaian rangkaian paip air terawat dan kawasan yang kerap menghadapi masalah bekalan dapat dibekalkan melalui sumber air alternatif," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 8:49 PM