KHAIRUL Adib (kiri) mengadakan 'clock out' terakhir di Jabatan Perkhidmatan Awam, hari ini. FOTO ihsan JPA.
KHAIRUL Adib (kiri) mengadakan 'clock out' terakhir di Jabatan Perkhidmatan Awam, hari ini. FOTO ihsan JPA.
Samadi Ahmad


Putrajaya: Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman mengakhiri tugasnya hari ini dengan bersara wajib bermula Ahad ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), hari ini, seisi 'clock out' itu berlangsung di pejabat JPA dengan majlis penyerahan nota serah tugas kepada Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Suhaime Mahbar.

Pada majlis sama, Khairul Adib yang ditemani isteri yang juga Pengerusi Puspanita JPA,Puan Seri Maisarah Mokhtar turut menanam anak pokok sebagai tanda simbolik khidmat bakti dicurahkan beliau sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

"Didoakan agar Tan Sri sekeluarga sentiasa sejahtera dan dalam rahmat Allah SWT. Selamat bersara dan Selamat Maju Jaya," katanya.

Khairul Adib, 60, dilantik sebagai KPPA pada Oktober 2019 dan sebelum itu menjawat jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan bagi menggantikan Tan Sri Borhan Dolah.

Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Ijazah Sarjana Sains Polisi dari Saitama University, Jepun.

Sebelum ini beliau berkhidmat dalam perkhidmatan awam melebihi 31 tahun dengan mula menyertai perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 12 Januari 1988.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 January 2022 @ 11:06 PM