Oleh Hayati Ibrahim


Putrajaya: Semua penjawat awam akan diwajibkan membuat bayaran balik Pinjaman Tabung Perbadanan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi potongan gaji.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, surat arahan pemotongan gaji akan diserahkan kepada Ketua Setiausaha setiap kementerian Jumaat ini.

"Hari ini Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah menyerahkan surat arahan kepada 480 peminjam PTPTN dibawah jabatan ini supaya membuat bayaran balik melalui pemotongan gaji mulai September ini.

"PTPTN tidak akan menetapkan jumlah bayaran bulanan, tetapi ia boleh dibuat mengikut kemampuan masing-masing, yang penting mereka membuat bayaran setiap bulan," katanya ketika ditemui media selepas menghadiri sesi taklimat bersama KPPA dan PTPTN bersama pegawai perkhidmatan awam di sini, sebentar tadi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 4:21 PM