GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Nurul Amanina Suhaini


Johor Bahru: Seramai 1,227 orang daripada 351 keluarga masih ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor, setakat 8 pagi ini.

Ia berbanding 8 malam tadi dengan seramai 1,876 mangsa daripada 555 keluarga ditempatkan di 32 PPS .

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, R Vidyananthan berkata, mangsa di Segamat menurun secara ketara apabila kini terdapat 417 mangsa daripada 116 keluarga ditempatkan di 12 PPS, pagi ini.

Katanya, ia berbanding seramai 709 mangsa daripada 194 keluarga ditempatkan di 15 PPS, malam tadi.

"Dua daerah turut beransur pulih adalah Tangkak dengan 182 mangsa daripada 55 keluarga di lima PPS, pagi ini, berbanding seramai 379 mangsa daripada 134 keluarga di tujuh PPS, malam tadi.

"Mangsa di Muar juga menurun kepada 547 mangsa daripada 162 keluarga di lapan PPS, pagi ini, berbanding 707 mangsa daripada 209 keluarga di sembilan PPS, pagi tadi.

"Batu Pahat pula masih mengekalkan jumlah sama pada pagi ini iaitu sebanyak 81 mangsa daripada 18 keluarga di sebuah PPS," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sehingga kini, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor merekodkan hanya satu sungai yang berada pada aras bahaya iaitu Sungai Muar di Bukit Kepong-Muar pada bacaan 3.83 meter.

Katanya, pada masa sama, empat jalan masih ditutup bagi semua jenis kenderaan meliputi Jalan Pogoh, Segamat; Jalan Felda Bukit Aping (Jalan Kemuning 1), Kota Tinggi; Jalan Tekam-Pogoh, Muar dan Jalan Muar-Labis, Muar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 9:10 AM