Guru dan kakitangan SK Kampung Tengah di Segamat membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir, kelmarin. FOTO ihsan pembaca
Guru dan kakitangan SK Kampung Tengah di Segamat membersihkan kawasan sekolah yang dilanda banjir, kelmarin. FOTO ihsan pembaca
Izlaily Nurul Ain Hussein


Johor Bahru: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor berkurangan kepada 1,390 orang daripada 384 keluarga pagi ini berbanding 1,473 orang daripada 408 keluarga malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, di Segamat, seramai 982 orang daripada 264 keluarga masih ditempatkan di 17 PPS.

"Seramai 25 mangsa daripada enam keluarga pula masih ditempatkan di sebuah PPS di Tangkak, manakala 383 daripada 114 keluarga masih berada di empat PPS di Muar," katanya.

Beliau berkata, lima jalan yang ditutup sebelum ini masih belum dibuka iaitu Jalan Pogoh-Tekam dan Balai Badang Mensudut Lama di Segamat; Jalan Pogoh Tekam dan Jalan Muar Labis di Muar; serta Jalan Kampung Sungai Pinggan yang ditutup akibat jambatan runtuh.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 January 2017 @ 11:08 AM