SEBAHAGIAN rumah penduduk di Pangkalan Bukit Garam dekat Kinabatangan dinaiki air selepas paras air Sungai Kinabatangan meningkat naik, semalam. FOTO Bernama
SEBAHAGIAN rumah penduduk di Pangkalan Bukit Garam dekat Kinabatangan dinaiki air selepas paras air Sungai Kinabatangan meningkat naik, semalam. FOTO Bernama
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Jumlah mangsa banjir membabitkan beberapa daerah di Sabah kekal melebihi 3,000 orang, pagi ini.

Setakat 9 pagi tadi, seramai 3,275 orang membabitkan 1,350 keluarga ditempatkan di 27 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, Kota Marudu masih kekal merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 2,668 orang daripada 1,161 keluarga di 14 PPS.

"Daerah kedua terbanyak mencatatkan penduduk terjejas banjir adalah Pitas, dengan seramai 330 mangsa membabitkan 129 keluarga di empat PPS.

"Seramai 178 mangsa daripada 43 keluarga pula kini berada di enam PPS bagi daerah Telupid, manakala Paitan merekodkan 54 mangsa banjir membabitkan 10 keluarga yang kini ditempatkan di dua PPS.

"Satu lagi daerah yang masih terjejas banjir adalah Sandakan, yang setakat ini, terdapat 45 mangsa daripada tujuh keluarga di sebuah PPS," katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 January 2022 @ 9:36 AM