PENDUDUK Romli Abdullah, 60, (kiri) bersama cucunya meredah banjir dengan menaiki sampan di Kampung Paya, Balai Besar hari ini. FOTO Bernama
PENDUDUK Romli Abdullah, 60, (kiri) bersama cucunya meredah banjir dengan menaiki sampan di Kampung Paya, Balai Besar hari ini. FOTO Bernama
Nazdy Harun


Kuala Terengganu: Penduduk yang terjejas akibat banjir di Terengganu terus meningkat kepada 2,103 mangsa membabitkan 523 keluarga sehingga 4 petang membabitkan enam daerah.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, semua mangsa ditempatkan di 44 pusat pemindahan sementara (PPS) di Hulu Terengganu, Setiu, Dungun, Kemaman, Besut dan Marang.

Menurutnya, daerah Dungun merekodkan 1,069 mangsa terdiri daripada 264 keluarga ditempatkan di 14 PPS.

Katanya, daerah Hulu Terengganu mencatatkan 306 mangsa (72 keluarga) di 9 PPS, manakala di Setiu, seramai 79 mangsa (33 keluarga) di empat PPS.

"Si Kemaman seramai 206 mangsa (49 keluarga) di 3 PPS, di Besut seramai 222 mangsa (62 keluarga) di 7 PPS.

"Manakala di Marang seramai 202 mangsa (35 keluarga) ditempatkan di 4 PPS dan di Setiu seramai 79 mangsa (41 keluarga) ditempatkan di 7 PPS," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Disember 2023 @ 4:47 PM