ANGGOTA APM membantu memindahkan pesakit Covid-19 yang terperangkap akibat banjir. FOTO ihsan APM
ANGGOTA APM membantu memindahkan pesakit Covid-19 yang terperangkap akibat banjir. FOTO ihsan APM
Mohamed Farid Noh


Segamat: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) membantu memindahkan seorang penduduk positif Covid-19 di Felda Palong Timur di sini, yang terperangkap akibat banjir pagi tadi.

Menerusi kenyataan media APM Johor hari ini, wanita berkenaan sebelum ini menjalani kuarantin di rumahnya namun memerlukan rawatan susulan.

"Namun jalan keluar masuk di Felda Palong Timur masih dinaiki air banjir dan tidak boleh dilalui.

"Kami menggunakan lori khas APM bagi membantu memindahkan mangsa ke ambulans yang menunggu di Jalan Putting yang tidak dinaiki air banjir.

"Operasi pemindahan keluar mangsa dijalankan kira-kira jam 11.30 pagi tadi sebelum ambulans membawa mangsa ke Hospital Segamat bagi mendapatkan rawatan susulan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 January 2022 @ 3:37 PM