Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham Abdullah.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Sebanyak 405 kes positif Covid-19 direkodkan setakat ini membabitkan mangsa banjir daripada 53,696 orang yang terjejas dalam bencana itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga jam 3 petang tadi, sebanyak 363 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih beroperasi membabitkan tujuh negeri iaitu Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka.

Menurutnya, jumlah keseluruhan mangsa terjejas banjir adalah 53,696 orang dengan 405 disahkan positif Covid-19 manakala tiada kes positif di PPS.

"Selain itu, sebanyak 324 kes penyakit berjangkit dikesan dan diberi rawatan oleh pasukan perubatan.

"Rawatan diberikan membabitkan 148 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut (ARI) penyakit kulit (93), gejala acute gastroenteritis (AGE) (75) dan kes Konjunktivitis (8)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan sentiasa memantau dan menjalankan aktiviti kawalan dan pencegahan sebaik-baiknya supaya penyakit berjangkit akibat bencana banjir terutamanya Covid-19 dapat dibendung.

"Untuk maklumat lebih lanjut dan kemas kini mengenai info bencana banjir, sila layari laman web https://infobencanajkmv2.jkm.gov.my/portal/index," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 8:14 PM