POLIS Diraja Malaysia
POLIS Diraja Malaysia
BERNAMA

KETUA Cawangan Khas Johor Senior Asisten Komisioner Ahmad Ramdzan Daud antara tujuh pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam pertukaran jawatan berkuat kuasa 14 September ini.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM Datuk Asmawati Ahmad dalam kenyataan, hari ini memaklumkan Ahmad Ramdzan dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan, Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner.

Pertukaran lain antaranya membabitkan Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Aida Abdul Hamid yang dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E7, Cawangan Khas Bukit Aman.

Ketua Cawangan Khas Kelantan Asisten Komisioner Jalaludin Hamid pula dilantik sebagai Ketua Cawangan Khas Johor bagi menggantikan Ahmad Ramdzan dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Selain itu, Timbalan Ketua Staf Perisikan, Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom), Kementerian Dalam Negeri (KDN) Asisten Komisioner Mat Zaki Md Zain dilantik menjadi Ketua Staf Perisikan, ESSCom KDN dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner.

Pertukaran lain turut menyaksikan Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) (Operasi), Johor Asisten Komisioner Kamal Faizul Mohd Zain yang dilantik sebagai Penolong Pengarah Kolaborasi Bersepadu, Bahagian Kepolisan Komuniti, JPJKK, Bukit Aman.

Asmawati berkata, Timbalan Ketua JPJKK (Operasi) Pahang Asisten Komisioner Nor Fazid Ahmad dilantik ke Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Pertukaran lain turut membabitkan Superintendan Pengajian Pengurusan Bencana, Pusat Pengajian Sains Pengurusan Krisis dan Bencana, Maktab PDRM Superintendan Rosli Dahlan yang dilantik sebagai Timbalan Ketua JPJKK (Operasi), Johor yang memangku pangkat Asisten Komisioner.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 4:29 PM