Wanita dipercayi mempunya masalah mental maut selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah flat di Cheras, hari ini.
Wanita dipercayi mempunya masalah mental maut selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah flat di Cheras, hari ini.
Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Kuala Lumpur: Wanita yang dipercayai mempunyai masalah mental maut selepas terjatuh dari tingkat atas sebuah flat sebelum menghempap sebuah kereta di Cheras di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada 7.22 pagi selepas disedari orang awam yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

"Sepasukan anggota dari Balai Polis Cheras yang ke lokasi kejadian menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah kereta dengan cermin depannya pecah.

"Mangsa yang berusia 62 tahun dipercayai jatuh dari unit atas flat itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM)," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita berkenaan mempunyai masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden itu.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan boleh menghubungi Ketua Balai Polis Cheras Asisten Superintendan Mohd Redzuan Md Darus di talian 03-92050301 sambungan 302," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Disember 2021 @ 2:04 PM