Muhammad Idzam Jaafar.
Muhammad Idzam Jaafar.
Oleh Faris Fuad


Kuala Lumpur: Seorang lelaki ditemui mati selepas dipercayai menggantung diri menggunakan tali beg silang di bilik tidur utama unit kediaman sebuah flat di Cheras di sini, hari ini.

Lelaki berusia 52 tahun itu disahkan mati oleh kakitangan perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.33 pagi.

"Anggota Balai Polis Cheras yang dikerah ke lokasi menemui lelaki itu dalam keadaan terbaring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan mati oleh kakitangan perubatan.

"Siasatan awal mendapati, tiada unsur jenayah dalam kejadian dan punca kematian disyaki kerana menggantung diri menggunakan tali beg silang miliknya. Siasatan lanjut akan diteruskan bagi mengetahui punca kematian," katanya pada kenyataan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 7:59 PM