Keadaan kereta Proton Wira dan Perodua Myvi yang terbabit kemalangan di Jalan Ulu Yam - Sungai Tua, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Keadaan kereta Proton Wira dan Perodua Myvi yang terbabit kemalangan di Jalan Ulu Yam - Sungai Tua, petang tadi. FOTO IHSAN BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Dua lelaki parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Ulu Yam - Sungai Tua, dekat sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada 3.59 petang.

Katanya, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke tempat kejadian.

"Laporan awal kemalangan membabitkan kereta Proton Wira dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun dari arah Sungai Tua.

"Kereta itu bertembung dengan Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 25 tahun bersama seorang penumpang wanita, juga berusia 25 tahun dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Norazam berkata, akibat kemalangan itu pemandu Proton Wira dan Perodua Myvi masing-masing patah kaki, manakala penumpang Perodua Myvi hanya cedera ringan.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 8:29 PM