Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Larut: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan mengumumkan pengganti Ketua Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Melaka dalam masa terdekat bagi menggantikan Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen yang meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta, hari ini.

Setiausaha Agong Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, keputusan itu akan dibuat selepas dipersetujui Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita baru sahaja terima (peletakan jawatan) hari ini dan kita ucapkan terima kasih kepada Datuk Rafiq yang meletakkan jawatan sebagai Ketua BPN Melaka (dan Pengerusi Perikatan Nasional Melaka).

HAMZAH (tiga dari kanan) hadir pada Persidangan Tahunan Bahagian Larut 2021 di SSL Traders Hotel,Taiping. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
HAMZAH (tiga dari kanan) hadir pada Persidangan Tahunan Bahagian Larut 2021 di SSL Traders Hotel,Taiping. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

"Insya-Allah kita akan umumkan (perlantikan baharu) dalam masa terdekat selepas ia dipersetujui Presiden," katanya dalam sidang media selepas Persidangan Tahunan Bahagian Larut 2021, di sini, hari ini.

Hari ini media melaporkan Mohd Rafiq meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi Perikatan Nasional Melaka dan Ketua BPN Bersatu Melaka berkuat kuasa serta-merta dan surat rasmi akan diserahkan kepada Muhyiddin esok.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 November 2021 @ 5:26 PM