Shaiful Shahrin Ahmad


TIDAK semua guru dan pelajar perlu jalani saringan Covid-19 sekiranya sesi persekolahan dibuka nanti, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.

Beliau berkata, ujian calitan (swab test) tidak diwajibkan dan hanya dikhususkan kepada kumpulan sasar sekiranya guru atau pelajar tersenarai dengan kontak rapat mana-mana individu bergejala serta disahkan positif Covid-19.

"Ujian calitan ini tidak semestinya dilakukan ke atas semua orang. Di Malaysia, kita ada kira-kira 30 juta orang dan jika bekalan tak cukup, lagilah rakyat panik," katanya ditemui media selepas meninjau keadaan Masjid Jamek Kedai Dua, Kuala Kurau, Bagan Serai, malam ini.

Dalam kunjungan itu Noor Azmi meluluskan peruntukkan berjumlah RM 25,000 untuk tujuan membaik pulih siling masjid berkenaan yang bermasalah.

DR Noor Azmi (tiga kiri) ketika meninjau Masjid Jamek Kedai Dua, Kuala Kurau. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
DR Noor Azmi (tiga kiri) ketika meninjau Masjid Jamek Kedai Dua, Kuala Kurau. FOTO Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi

Hadir sama, Pengerusi Masjid, Burhanuddin Salleh.

Beliau berkata, KKM tidak merangka sebarang SOP kepada Kementerian Pendidikan Malaysia sekiranya sesi persekolahan dibuka sebaliknya SOP dirangka dan ditentukan sendiri kementerian berkenaan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Mei 2020 @ 11:56 PM