ANGGOTA Wataniah meninggal dunia selepas selepas motosikal ditunggang bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 16, Jalan Bau-Lundu. FOTO Ihsan PDRM
ANGGOTA Wataniah meninggal dunia selepas selepas motosikal ditunggang bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 16, Jalan Bau-Lundu. FOTO Ihsan PDRM
Melvin Joni

Kuching: Seorang anggota Wataniah meninggal dunia selepas motosikal ditunggang bertembung dengan pacuan empat roda di Kilometer 16, Jalan Bau-Lundu di sini, jam 7.45 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa yang datang dari arah simpang Jakan Lama Kampung Stenggang keluar simpang secara mengejut lalu bertembung dengan pacuan empat roda yang datang dari arah Bau menuju ke Lundu.

"Pemandu pacuan empat roda selamat," katanya pada kenyataan.

Menurut beliau, mangsa difahamkan dalam perjalanan dari Kampung Stenggang ke Kem Wataniah Batu 7, Kota Sentosa.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 5:43 PM