Van yang ditemui polis selepas sebulan hilang. FOTO Ihsan PDRM
Van yang ditemui polis selepas sebulan hilang. FOTO Ihsan PDRM
Garret Dawum


SELEPAS hampir sebulan dilaporkan hilang, sebuah van ditemui di Kampung Stenggang, Jalan Bau-Lundu, Kuching semalam.

Van berkenaan dipercayai disorok di kawasan jalan kebun selepas dicuri 9 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintendan Poge Nyaon berkata, pihaknya menemui van putih jenis Toyota itu pada 1.35 tengah hari.

“Ketika menjalankan Operasi Lejang di kawasan itu, polis menjumpai van itu yang ditinggalkan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati van itu dilaporkan hilang 9 Julai lalu,” katanya.

Beliau berkata, van itu sudah dibawa balik ke Balai Polis Bau untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 5 Ogos 2019 @ 11:36 AM