Datuk Zahida Zarik Khan
Datuk Zahida Zarik Khan
Ekhwan Haque Fazlul Haque

Melaka: Puteri Umno yakin calon Barisan Nasional (BN) yang ditampilkan mampu menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.

Ketuanya, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, kekangan prosedur operasi standard (SOP) tidak menjejaskan pergerakan sayap itu dalam membantu rakyat mengenali calon BN yang bertanding.

Beliau berkata, sambutan yang diterima setakat ini menguatkan lagi keyakinan BN untuk memenangi PRN Melaka.

"Puteri Umno mendekati rakyat tanpa membelakangkan SOP Covid-19 supaya rakyat sedar pentingnya mereka keluar dan mengundi calon BN untuk kemakmuran dan masa depan rakyat Melaka.

"Kami juga memastikan rakyat Melaka dapat memilih kerajaan yang mampu memberikan keharmonian dan impak ekonomi untuk kestabilan demi kemakmuran kepada semua," katanya hari ini.

Beliau berkata, Umno dan BN berjasa kepada negara selama 60 tahun dengan membawa pembangunan fizikal, pendidikan dan spiritual yang sudah terbukti.

"Kejayaan ini bukan satu persepsi mahupun propaganda politik kerana kemakmuran negara hari ini adalah kerana pentadbiran BN di dalam kerajaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan PRN Melaka
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 November 2021 @ 5:03 PM