Keadaan sawah padi yang dinaiki air di Kampung Kandai, Mukim Tajar akibat limpahan sungai Kedah, 4 November lalu.  FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Keadaan sawah padi yang dinaiki air di Kampung Kandai, Mukim Tajar akibat limpahan sungai Kedah, 4 November lalu. FOTO LUQMAN HAKIM ZUBIR
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di Kedah yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini berkurangan kepada 161 mangsa daripada 31 keluarga.

Laporan itu berdasarkan jumlah mangsa yang dilaporkan pada jam 4 petang hari ini dan berkurangan berbanding jumlah mangsa pada jam 12 tengah hari tadi iaitu 167 mangsa daripada 43 keluarga.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di daerah Kubang Pasu menempatkan seramai 25 mangsa daripada lima keluarga.

"Selain itu, PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang pula menempatkan seramai 85 mangsa daripada 14 keluarga manakala PPS di Dewan Cenderawasih pula menempatkan seramai 51 mangsa daripada 17 keluarga.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pendang adalah seramai 136 mangsa daripada 31 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, kebanyakan mangsa banjir sudah dibenarkan pulang selepas paras air yang semakin surut

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 November 2021 @ 4:47 PM