KEADAAN sawah padi yang dinaiki air di Kampung Kandai, Mukim Tajar akibat limpahan sungai Kedah. FOTO Luqman Hakim Zubir
KEADAAN sawah padi yang dinaiki air di Kampung Kandai, Mukim Tajar akibat limpahan sungai Kedah. FOTO Luqman Hakim Zubir
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Jumlah mangsa banjir di Kedah berkurangan kepada 854 mangsa daripada 237 keluarga di 11 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah, setakat 12 tengah hari ini berbanding 954 orang, 8 pagi tadi.

Dua PPS di daerah Kubang Pasu iaitu di Dewan Kampung Tradisi dan PPS SK Malau juga ditutup sepenuhnya, hari ini.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, di daerah Kota Setar terdapat 547 mangsa daripada 158 keluarga berbanding 592 mangsa daripada 174 keluarga, pagi tadi.

Beliau berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Langgar kekal 80 mangsa daripada 23 keluarga, PPS SK Suka Menanti 67 mangsa daripada 25 keluarga manakala PPS SK Darul Hikmah terdapat118 mangsa daripada 32 keluarga.

"Selain itu, empat lagi PPS di Kota Setar iaitu di PPS SK Haji Wahab menempatkan 22 mangsa daripada enam keluarga, PPS SK Convent seramai 87 mangsa daripada 22 keluarga, SK Titi Gajah seramai 10 mangsa daripada dua keluarga dan PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent pula menempatkan seramai 163 mangsa dari 48 keluarga," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, di Pendang kekal 287 mangsa daripada 75 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah (206 mangsa daripada 50 keluarga) dan PPS Dewan Cenderawasih (81 mangsa dari 25 keluarga).

Beliau berkata, satu PPS yang dibuka di daerah Baling iaitu SK Padang Tembak A menempatkan 10 mangsa daripada satu keluarga.

"PPS di daerah Pokok Sena iaitu di SK Tualang pula masih menempatkan seramai 10 mangsa daripada tiga keluarga," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 5 November 2021 @ 2:10 PM