GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Mangsa banjir di Kedah kekal 161 orang daripada 36 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini.

Jumlah itu masih kekal setakat 8 malam ini di daerah Kubang Pasu dan Pendang seperti yang dilaporkan jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusoff berkata, PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Malau di daerah Kubang Pasu masih kekal menempatkan seramai 25 mangsa daripada lima keluarga.

Beliau berkata, PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah di daerah Pendang pula menempatkan seramai 85 mangsa daripada 14 keluarga manakala PPS di Dewan Cenderawasih pula menempatkan seramai 51 mangsa daripada 17 keluarga.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa di Pendang adalah seramai 136 mangsa daripada 31 keluarga," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata, jumlah peningkatan mangsa banjir itu bergantung pada cuaca dan paras air sungai.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 12 November 2021 @ 9:59 PM