Pizza Hut menawarkan pertukaran baucar piza jenama berbeza dengan piza buatan tangan dari Pizza Hut secara percuma.
Pizza Hut menawarkan pertukaran baucar piza jenama berbeza dengan piza buatan tangan dari Pizza Hut secara percuma.
Hanis Aliaa Hidzir

BAGI orang ramai yang sering memesan piza pasti pernah menerima baucar atas pelbagai alasan salah satunya kerana penghantaran piza lewat. 

Daripada tidak diguna dan dibiarkan tamat tempoh, Pizza Hut menawarkan pertukaran baucar itu dengan 'Hand Crafted Pizza' Pizza Hut secara percuma.   

Dengan inisiatif ini, sesiapa sahaja yang mempunyai baucar tidak perlu membazir baucar yang dimiliki malah dapat menikmati piza buatan tangan dari Pizza Hut yang lazat.

Tukar baucar anda

ImagePertukaran baucar ini terbuka buat sesiapa sahaja yang memiliki baucar piza dari jenama berbeza termasuklah baucar digital. 

Dengan 200 'Hand Crafted Pizza', percuma setiap hari, orang ramai hanya perlu mengikuti beberapa langkah mudah di bawah untuk menebus piza percuma.

Image

1.Kongsikan gambar baucar dari jenama piza berbeza

2. Tag dua rakan berserta #PizzaHutMalaysia #NewHandcraftedPizza

3, 200 penyertaan pertama yang lengkap akan menerima 'Hand Crafted Pizza'*

Tempoh pertukaran ini adalah mulai 12 sehingga 31 Oktober 2021

Selepas 200 penyertaan pertama yang lengkap tiada lagi piza akan diberikan untuk hari tersebut. 

Selain itu, orang ramai juga boleh menghantar sebanyak mana penyertaan namun hanya dapat memenangi satu piza sepanjang tempoh pertukaran berlangsung. 

Untuk maklumat lanjut, sila ke laman https://www.facebook.com/pizzahutmalaysia/posts/10159361833789654

*Tertakluk pada termas & syarat

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Oktober 2021 @ 4:31 PM