Terokai keunikan 'permata tersembunyi' yang menjadi khazanah kebanggaan negara - FOTO Hiasan
Terokai keunikan 'permata tersembunyi' yang menjadi khazanah kebanggaan negara - FOTO Hiasan
Mohammad Asyraf Khalib

MALAYSIA terkenal dengan ribuan destinasi pelancongan menarik. Tidak kira pantai, pulau, gua atau air terjun, semua yang anda cari ada di sini.

Selain lokasi percutian popular dalam negara, terdapat banyak lagi tempat menarik di Malaysia yang jarang dikunjungi membuatkan lokasi ini sering mendapat julukan 'permata tersembunyi'. 

Justeru, bagi anda yang sedang merancang percutian hujung tahun sempena kelonggaran pergerakan rentas negeri, berikut adalah lima cadangan lokasi istimewa yang boleh anda lawati.

1. Taman Eko Rimba, Kuala Lumpur

ImageFOTO - Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur, Taman Eko Rimba atau sebelum ini dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Nanas pasti mengujakan si pecinta alam. 

Diwartakan sebagai hutan simpan sejak 1906, kehijauan hutan tropika yang kekal terpelihara membuatkan lokasi ini menjadi pilihan warga kota untuk menghilangkan lelah dan menenangkan minda. 

Jika berkunjung ke sini, jangan lepaskan peluang untuk merentasi beberapa laluan khas yang tergantung kemas pada ketinggian 21 meter di atas pokok seperti laluan Merbau, Jelutong dan Kanopi.

Selain memudahkan pengunjung, laluan yang disediakan itu juga menawarkan pengalaman berharga kepada orang ramai untuk menikmati keindahan hutan tropika dengan lebih dekat.

2. Bukit Panorama, Kuantan Pahang

ImageFOTO - Harian Metro

Sesuai dengan namanya, Bukit Panorama di Kuantan, Pahang pula menawarkan pemandangan memukau di puncak bukit setinggi 291 meter dari aras laut 

Bukit ini terletak di kawasan Sungai Lembing, mengambil masa 45 minit perjalanan dari Bandar Kuantan. 

Setibanya di sini, pengunjung perlu mendaki sebanyak 815 anak tangga untuk ke puncak bukit bagi melihat pemandangan matahari terbit. 

Rasa letih dan penat selepas mendaki pasti segera terubat apabila anda dapat melihat fenomena 'karpet awan' yang menjadi antara tarikan utama di sini.

3. Pulau Sembilan, Perak

ImageFOTO - Tourism Perak

Pulau Sembilan terletak sejauh 10 batu nautika dari Pulau Pangkor. 

Berdasarkan sejarah, pulau ini dinamakan sebagai Pulau Sembilan kerana secara geografinya ia terdiri daripada sembilan buah pulau yang berbeza.

Pulau terbabit adalah Pulau Agas, Pulau Rayong, Pulau Nipis, Pulau Rumbia, Pulau Lalang, Pulau Buluh, Pulau Sagu, Black Rock dan White Rock. 

Pada waktu malam, kawasan pantai di Pulau Sembilan secara semulajadi akan mengeluarkan cahaya berwarna biru, pastinya menarik minat sesiapa sahaja yang melihat. 

Fenomena luar biasa ini terjadi kerana terdapat banyak organisma laut yang mendiami persisiran pantai Pulau Sembilan dikenali sebagai Ostracod Crustaceans atau Phytoplankton.

4. Mossy Forest, Cameron Highlands

ImageFOTO - Jom Jalan

Bagi mereka yang ingin merasai pengalaman percutian bagai di luar negara, Mossy Forest wajib berada dalam senarai pilihan.

Puncak tertinggi di Cameron Highlands ini diliputi kawasan hutan yang berlumut dan kabus tebal membuatkan ia mendapat gelaran hutan awan atau hutan berlumut oleh penduduk setempat.

Menarik di sini, pengunjung dapat menemui sejumlah besar tumbuhan hijau seperti paku-pakis, rhododendron dan anggerik liar yang sukar ditemui di kawasan lain.

Bagi yang gemar mengembara, ini adalah peluang terbaik untuk menikmati alam semulajadi dengan lebih dekat di samping berpeluang mengambil gambar kenangan berlatar belakang hutan yang memukau.

5. Gua Niah, Sarawak

ImageFOTO - Sarawak Tourism

Gua Niah adalah gua terbesar di Malaysia dan diiktiraf sebagai salah satu gua batu kapur terbesar di dunia.

Terletak kira-kira 90 kilometer atau satu jam 30 minit dari Miri, Sarawak, gua ini menyimpan pelbagai khazanah dan tinggalan sejarah yang menjadi bukti tamadun awal manusia di negeri ini.

Gua Niah berkeluasan 12 hektar dan kawasan dalam gua dianggarkan tiga kali padang bola sepak.

Selain pintu masuk utama Gua Niah, terdapat lima bukaan lain dikenali sebagai Mulut Besar, Lubang Tulang, Lubang Hangus, Gan Kira dan Lubang Tahi Menimbun.

Keindahan semulajadi yang terdiri daripada flora dan fauna di Taman Negara Sarawak ini mempunyai nilai tersendiri, sekali gus menarik perhatian pelancong.

Pengalaman percutian tersendiri

Selain lokasi menarik yang dikongsikan di atas, anda juga berpeluang mencipta pengalaman percutian yang tersendiri dengan hidangan piza baharu iaitu Pizza Hut Truly Tasty Hand Crafted Pizza.

Untuk pengetahuan anda, piza baharu ini diuli dan dibuat menggunakan tangan, menghasilkan ratusan Gua Pocket Angin pada bahagian dalam piza.

Kehadiran Gua Pocket Angin ini turut menjanjikan tekstur piza lebih lembut, ringan dan enak sekali gus menjadikan ia hidangan kegemaran baharu sepanjang percutian anda nanti. 

Image

Selain itu, saat menikmati Pizza Hut Truly Tasty Hand Crafted Pizza, anda juga pasti terpegun dengan kerangupan kerak di bahagian luar piza.

Permukaan keraknya yang sangat rangup dan merekah menawarkan anda pengalaman pengembaraan lebih mencabar seolah-olah merentasi rekahan bukit atau gunung.

Image

Pendek kata, sepotong Pizza Hut Truly Tasty Hand Crafted Pizza sudah cukup untuk mencabar selera di samping menambah sejuta keseronokan sepanjang percutian anda seisi keluarga.

Bagi meraikan percutian hebat itu, Pizza Hut turut menawarkan potongan harga sebanyak 60 peratus untuk Pizza Hut Truly Tasty Hand Crafted Pizza dan tawaran ini adalah terhad. 

Justeru, jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman 'percutian' penuh berharga dengan membuat pesanan Pizza Hut Truly Tasty Hand Crafted Pizza menerusi pautan ini 

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 12:01 PM