Nurshafika Suhaimi

SELAIN daripada kemahiran teknikal (hard skills), kemahiran insaniah (soft skills) juga antara asas paling penting buat graduan untuk mendapatkan pekerjaan.

Soft skills umumnya ditafsirkan sebagai kemahiran seseorang dalam membina perhubungan baik dengan diri sendiri dan orang lain, organisasi dan kehidupan sosial dalam masyarakat.

Secara ringkasnya, soft skills merupakan pelengkap kepada kemahiran teknikal kepada graduan dalam meningkatkan lagi peluang mendapat pekerjaan dan maju dalam kerjaya.  

Memahami cabaran dan kehendak industri, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), terus menawarkan program-program pembiayaan naik taraf (upskill) dan latih semula (reskill) beserta kemahiran insaniah, sahsiah dan kepimpinan agar mereka mempunyai elemen marketability dan employability

Pendekatan ini dinamakan 'Pemupukan & Pembangunan' iaitu salah satu daripada janji jenama mereka dalam melahirkan penerima faedah bersifat holistik.

Mengenai Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju)

ImageYayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) adalah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) dan merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan. 

Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan pendidikan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.

Malah, hingga kini, Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi lebih 40,000 penerima faedah termasuk kumpulan B40, M40, luar bandar dan terpinggir di seluruh negara melalui lebih 350 program pembiayaan pendidikan. 

Menyediakan program pembiayaan mengikut permintaan pasaran dan industri

ImageProgram-program yang ditawarkan Yayasan Peneraju adalah mengikut statistik dan kajian industri seperti Jabatan Perangkaan Malaysia.

Yayasan Peneraju juga bekerjasama rapat dengan pemain industri, rakan-rakan program dan pihak berkepentingan bagi meningkatkan kadar kebolehpasaran graduan-graduan dan penerima-penerima faedah. 

Sebagai sebuah agensi yang menyediakan peluang yang lebih besar kepada bakat Bumiputera dalam bidang pendidikan dan kemahiran, Yayasan Peneraju sentiasa meneliti peluang untuk meluaskan penawaran program-program dan kumpulan sasaran supaya negara lebih makmur, inklusif dan mampan selari dengan konsep Keluarga Malaysia.

Senarai program pembiayaan pendidikan yang ditawarkan

Image

Berikut adalah paparan program pembiayaan Yayasan Peneraju yang masih dibuka* untuk permohonan:

  1. Peneraju Skil
  • Automotive Industry Certification Engineering Digital Engineering Prototyping (AICE-DEP) 
  • Specialist In CAD/CAM – Advanced Computer Numerical Control & Manufacturing
  • System Integration in Automation & Robotics  
  • Dynamic Positioning Officer 
  • Oil & Gas Talent Acceleration (Scaffolding Level 3) 
  • Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0) atau Level 2 (CSWIP 3.1)

Maklumat lanjut mengenai program Peneraju Skil - https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/ 

  1. Peneraju Teknologi
  • Big Data
  • Cybersecurity
  • Cloud Computing
  • FinTech
  • Machine Learning
  • IT Software & Solutions
  • Programming Language
  • Network Infrastructure
  • Web Services

Maklumat lanjut mengenai program Peneraju Teknologi - https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-teknologi/

  1. Peneraju Profesional
  • ACCA
  • CIMA
  • CPA Australia
  • ICAEW
  • MICPA

Maklumat lanjut mengenai program Peneraju Profesional - https://yayasanpeneraju.com.my/professional-accounting-programmes/

  1. High Impact Programme (HIP) 
  • Data Labelling for the Future Artificial Intelligence (AI) 
  • Career Breakthrough Online Course
  • Essential Skills and Digital Marketing Awareness for Undergraduates
  • Essential Skills and Digital Media Marketing for Unemployed Graduates
  • Halal Industry Fundamentals
  • Finance for Non-Financial Managers

Maklumat lanjut mengenai program HIP - https://yayasanpeneraju.com.my/peneraju-high-impact-programme-hip-kursus-atas-talian-online/ 

Untuk maklumat lanjut dan permohonan, sila layari www.yayasanpeneraju.com.my atau laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @YayasanPeneraju.

*Maklumat adalah tepat pada tarikh penyiaran artikel dan tertakluk kepada perubahan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 8:08 AM