GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Enam lokaliti, masing-masing empat di Pahang dan dua di Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai esok hingga 23 September, menurut Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Rodzi Md Saad.

Beliau berkata, di Pahang, lokaliti terbabit ialah Kampung Orang Asli Sungai Kiol dan Kampung Orang Asli Tekeh serta Felda Sungai Tekam di Jerantut; Kampung Batu 1 di Jalan Mentakab (Temerloh) dan Felda Keratong 8 (Rompin).

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan

    Di Sabah pula, ia membabitkan Kampung Ulu dan Kampung Pasir Putih, masing-masing di Putatan.

    Sementara itu beberapa PKPD di Sabah, Sarawak dan Pahang yang sepatutnya ditamatkan esok, kesemuanya dilanjutkan bagi tempoh sama hingga 23 September.

    Lokaliti PKPD terbabit ialah Kampung Pengalat Kecil, Papar dan Kampung Lohan Ulu, Ranua di Sabah; Kampung Orang Asli Simpang Arang, Johor Bharu dan Kuarters Pekerja Sri Datai Minag Sdn Bhd, Mukah (Sarawak).

    Dalam pada itu, PKPD di Kampung Orang Asli Kuala Masai, Johor Bharu ditamatkan hari ini manakala 10 PKPD di Sabah pula ditamatkan esok, masing-masing mengikut jadual ditetapkan.

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 8:55 PM