X
GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Sebanyak 19 lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah, Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Kedah bermula Jumaat hingga 13 Ogos depan.

Menteri Kanan Luar Negeri (Keselamatan) Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perlaksanaan itu membabitkan tujuh lokaliti di Sabah, empat lokaliti di Perak, tiga lokaliti di Pahang, dua lokaliti di Kelantan dan masing-masing satu lokaliti di Terengganu serta Kedah.

"Tujuh lokaliti dikenakan PKPD di Sabah adalah Kampung Lembah Pantai dan Kampung Pugi Gunsapou, Ranau; Kampung Bayangan dan Kampung Purakagis, Keningau; Kampung Gambaron 2 dan Kampung Tembidong-Bidong, Telupid; Kampung Marintaman Sipitang serta Kampung Airport Lama, Tawau.

"Di Perak pula, empat lokaliti dikenakan PKPD adalah Kampung Biak Hilir, Mukim Bandar serta Kampung Biak Darat, Kampung Biak Daroh dan sebahagian Kampung Pasir Salak, Mukim Pasir Salak," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Hishammuddin berkata, tiga lokaliti dikenakan PKPD di Pahang adalah Apartment Amber Court dan Tapak Bina Grand Ion Delemon, Genting Highlands serta Felda Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Lipis.

"Di Kelantan, dua lokaliti dikenakan PKPD adalah Kampung Wek, Batu 23, Labok, Machang dan Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas.

"Terdapat masing-masing satu lokaliti dikenakan PKPD di Terengganu iaitu Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Kemaman manakala di Kedah pula adalah Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling," katanya.

Beliau berkata, dua lokaliti di Sabah iaitu Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang dan Taman Jaya Diri, Kota Kinabalu serta satu lokaliti di Sarawak iaitu Kampung Seratau, Kuching pula dilanjutkan PKPD dari Jumaat hingga 13 Ogos depan.

"Sebanyak 10 lokaliti di Perak, Melaka, Sabah, Selangor dan Sarawak yang dikenakan PKPD sebelum ini akan ditamatkan mengikut jadual.

"Ia membabitkan empat lokaliti di Perak iaitu Kilang Latexx Manufactering Sdn Bhd dan asrama pekerja kilang (Latexx Village dan Ivor Hostel) Taiping dan Apartment Tropicana, Bukit Merah, Kampung Tersusun Pondok Tanjung serta Kampung Binjai, Kerian.

"Selain itu, dua lokaliti masing-masing di Sarawak dan Sabah iaitu Kampung Astana dan Sungai Bedil, Kuching serta Kampung Perpaduan Gumpa, Kudat, Penjara Tawau dan Kuaters Penjara Taman Ehsan, Tawau turut ditamatkan PKPD," katanya.

Menurutnya, PKPD di Jalan Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor pula ditamatkan lebih awal dari jadual iaitu bermula hari ini berbanding sepatutnya esok.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 Julai 2021 @ 7:03 PM