Dr P Ramasamy.
Dr P Ramasamy.
Nur Izzati Mohamad


Georgetown: Peningkatan kes serta jumlah kematian akibat Covid-19 di Pulau Pinang dilihat semakin membimbangkan.

Justeru, kerajaan negeri diminta berbuat sesuatu tanpa mengharapkan Kerajaan Pusat semata-mata bagi menangani situasi penularan virus berkenaan.

Ia disuarakan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy ketika Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang, di sini, hari ini.

Ramasany (DAP-Perai) berkata, beliau tidak mahu menyalahkan sesiapa, sebaliknya mahu kerajaan negeri mengambil langkah sesuai supaya Pulau Pinang tidak mengharapkan Kerajaan Pusat semata-mata.

"Tambahan pula, ketika awal pandemik ini berlaku, sekiranya Kerajaan Pusat mengambil kira peranan kerajaan negeri serta agensi berkaitan di Pulau Pinang, mungkin situasi ini dapat dikawal lebih awal.

"Namun, kerajaan melaksanakan darurat yang ia tidak langsung membantu membasmi Covid-19," katanya.

Beliau berkata, ketika ini isu bekalan vaksin menjadi fokus dan masalah utama bukan berlaku di Pulau Pinang, malah negeri lain.

Menurutnya, pada masa sama peningkatan kes semakin membimbangkan menyebabkan kerajaan negeri perlu bertindak segera.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 6:21 PM